PBI.COM India - Kemelut yang melanda masyarakat Muslim dan Hindu di India dilihat semakin menggusarkan. Angka kematian juga seakan tidak terkira banyaknya kerana permusuhan yang terjadi membuatkan mereka bertindak kejam.
Masyarakat Hindu dengan sewenangnya melakukan serangan terhadap masyarakat Muslim tanpa sebarang perikemanusiaan.
Walau bagaimanapun, menerusi muat naik tular di media sosial sejak semalam, barisan masyarakat beragama Hindu yang tidak memusuhi Islam telah melakukan perkara yang begitu mengharukan.
Dari laman Facebook Update&Info yang sumbernya diperoleh daripada media India, beberapa orang lelaki Hindu telah membuat hadangan kepada masyarakat Muslim yang sedang menunaikan Solat Jumaat.
Mereka semua dilihat bertindak sebagai pengawal dengan memegang tangan satu sama lain untuk membuat pagar ketika Muslimin sedang mendirikan solat Jumaat dikawasan bawah khemah.
Walaupun tidak dapat dipastikan kesah hannya, namun perkara tersebut seakan tular di laman sosial sejak semalam. Ia juga sedikit sebanyak memjelaskan bahawa masih ada masyarakat yang membenci semangat rasis yang ditunjukkan oleh sebagian puak.
Kekacauan di India adalah disebabkan perselisihan agama antara Hindu dan Islam di New Delhi India dan masih melarat sehingga ke hari ini.
Jumat, 06 Maret 2020
Pagar Betis Rakyat Hindu INDIA Ketika Muslim Di India Sholat Jumat
Tags
# INDIA
# Islam
About Ma_3N
PBI.COM ini menyajikan berita-berita terbaru dan terhangat tanpa menyajikan berita-berita sara bagi para pembaca.
Islam
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar